.

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 13, 2010

AVAILABLE FOR RENT: BEKAS HANTARAN

BEKAS HANTARAN FOR RENTAL

-CAGE DAN LILITAN SAHAJA -

DETAILS: Silver cages dengan lilitan lavender sahaja

QUANTITY: 6 cages dengan lilitan Lavender penuh + 1 cage dengan lilitan separa penuh (untuk sirih junjung)

COLOUR: Purple Lavender + Silver

HARGA: RM70 (SATU SET) + DEPOSIT RM100
(deposit akan dipulangkan jika tiada kerosakan atau kehilangan)*

TEMPOH SEWAAN: 5 hari sahaja




Close-up dari atas




Close-up : lilitan separa penuh untuk sirih junjung



Close-up lilitan penuh


*
Kerosakan cage/lilitan lavender (1-3 cages) tolak RM50 dari deposit
Kerosakkan cage/lilitan lavender (4-7 cages) tolak RM100 (100%deposit)
Kehilangan cage total RM100 (100% deposit)

*
Cara pinjaman : COD di area TTDI, Bandar Utama atau Denai Alam/Shah Alam sahaja.

*Sila email : lyanahaniff@gmail.com

Tuesday, August 10, 2010

IKLAN =p

Hello darling =) kata nak kahwin kan..kena la kerja lebih sikit.. so silalah ke online boutique saya untuk membeli =)


Our next massive update will be on :

DATE: 15TH OF AUGUST
DAY: SUNDAY
TIME: 10PM




Please note that all items are not restockable therefore fast payment is very much appreciated.
And, as usual, reservation is for 24 hours only.
Please sms your order to 0126420640

thanks love =)

Monday, August 9, 2010

Artificial flowers

Huge poppies and peonies


Hello Ash!
Last weekend went great.. i spent the whole Saturday with my family.. Ill be moving to a new house after the engagement so Saturday morning we went to the new place to discuss the arrangement for my wedding next year.. plenty of space for Arabian canopies..
Next we went to this artificial flower place.. so many flowers.. omg! semua colour semua jenis semua quality ada..i love velvet flowers...nampak more real.. so we bought poppy flowers and peonies..cantik sangat.so big! nanti nak beli lagi for my cake! my hantaran cake.. i plan nak beli plain fondant cake..then i decorate the top with artificial flowers.. tapi kalau terjumpa something better tak jadi la buat sendiri..We also bought 2 more flower stands..tapi this time flower stands tu lagi elok..Tak simple sangat.
Dalam otak still risau pasal baju.. fabric tak beli lagi... tak sempat nak cari....hari ni dah start puasa... esok dah outstation .. kerja kerja.. i hope dapat la jumpa fabric dekat sana..or better jumpa evening dress yang super elok...then balik buat beading and patch lace je..


Monday, August 2, 2010

Panic!

Its already August and im not sure if this is the right time to start panicking but i am..NOW! The engagement is in December... 4 months! and i still dont have the fabric needed for the ceremony!

Too early to panic too early to panic ***



Help!

Tuesday, July 27, 2010

Bekas Hantaran

July 25th.. ahad lepas... woke up too early in the morning to send my boyfriend back to Australia.. bye =( .. haruslah angkut 2 kawan ku untuk hilangkan kesedihan... so lepas hantar Mir kat escalator tu kitaorang pun pergi la makan breakfast kat airport tu..

After that terus pergi Jalan TAR .. alasan sebenarnya nak cari tudung cotton lycra untuk pakai masa bulan puasa... tapi sampai sana..tudung dapat.. barang lain pun dapat..Finaz and Liyana pulak jom jom je....so lepas beli tudung tu pergilah singgah Jakel.. cantik sangat semua kain lace sukaaaa... tapi Finaz yang beli .. sebab dpt discount okay juga.. dari harga sebenar yang boleh pengsan kalau tengok....ada satu kain i suka sangat... harga dia 900rm semeter.. pengsan jugak kalau bertunang dah mahal macam tu.. belum kira hantar kat tailor lagi....

Lepas dapat lepas dari Jakel tu kitaorang pergi kat Semua House pulak.. cari dulang hantaran... kat rumah ada dah tapi saja nak yang baru...murah je.. satu RM 25.90... dapatla discount jadi RM25 satu... beli 7.. lepas pakai nanti nak sewakan pulak... dulang ni simple je tapi i suka sebab senang nak hias.. lilit2 je dah siap...bunga nak lilit je takde lagi sebab masa beli tu dapat sms from my adik .. "mama kata jangan beli bunga..mama tahu tempat baru yang best and murah"... Good job mummy...i likeee!

Bekas hantaran ni macam half carriage.. sebelah bahagian je ada dawai dawai tu...sebelah lagi kosong.. tapi bila fikir fikir balik.. kalau nak bagi kasut susah jugak nak isi... okay la.. nak sambung buat kerja .. bye Mir! =)




Monday, July 19, 2010

Portal Rasmi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia - Welcome

Portal Rasmi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia - Welcome

Promosi Kerja Kahwin

Jom!


Promosi Kerja Kahwin

Tarikh :24 Jul 2010 - 02 Ogos 2010
Lokasi :Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Anjuran :Kraftangan Malaysia

Maklumat Lanjut :
Promosi Kerja Kahwin 2010 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur merupakan satu-satunya promosi kraf yang mengetengahkan penghasilan hadiah dan cenderamata, hiasan dalaman, aksesori dan perhiasan diri, tekstil kraf Malaysia (batik, tenun & songket) serta kelengkapan kegunaan rumah dan persiapan khusus bagi majlis perkahwinan. Turut dijemput perancang perkahwinan yang akan menampilkan penggunaan produk kraf tempatan dalam dekorasi majlis, hiasan pelamin, gubahan hantaran, pembungkusan hadiah, pakaian pengantin, bunga hiasan, pakej video dan fotografi, kad jemputan perkahwinan, kek dan manisan perkahwinan serta perkhidmatan makanan (catering).

Pameran pelamin perkahwinan Malaysia akan turut diadakan bagi memaparkan hiasan pelamin tradisional dan kontemporari pengantin Melayu, Baba & Nyonya, India, etnik Orang Asli serta etnik Sabah dan Sarawak untuk tatapan pelancong dalam dan luar negara. Penampilan khas produk kraf logam yang diberi nafas baru turut dipersembahkan dalam Pameran Seni Kraf Logam dalam Perkahwinan Malaysia bagi mengembalikan kegemilangan penggunannya di dalam persiapan majlis perkahwinan. Aktiviti rewang pengantin turut diadakan semasa Promosi Kerja Kahwin dengan penglibatan bersama Komuniti Bistari bagi memasak hidangan perkahwinan mengikut latar belakang komuniti negeri masing-masing. Aktiviti ini akan berlangsung pada setiap hujung minggu. Selain itu, fesyen pakaian perkahwinan Malaysia menggunakan tekstil kraf tempatan turut akan diperagakan.

Aktiviti-aktiviti menarik seperti pameran, jualan kraf dan perkhidmatan perkahwinan, demonstrasi kraf dan masakan pengantin, interaktif kraf perkahwinan, pertandingan serta persembahan irama perkahwinan Malaysia.